Apa yang terjadi dengan semua keinginan, apa yang terjadi dengan semua harapan, apa yang terjadi dengan semua kepercayaan, apa yang terjadi dengan semua ramalan masa depan atau mungkin apa yang telah terjadi dengan diri kau? Aku tak mengharapkan jawapan tapi sayang sekali kerana aku rasakan seakan engkau telah lupa akan segalanya. Mungkin engkau terlupa diamana dahulunya kau pernah menangis teresak esak sehingga aku yang kau cari untuk melepaskan segalanya. Apa yang aku saksikan dan apa yang aku fikirkan tentang diri engkau agak diluar jangkaan aku kerana selama ini aku fikirkan kau tidak sama dengan kebiasaan.
Aku tak pasti apa yang terjadi. Jangan la engkau risau, kerana aku masih tidak menyalahkan diri kau. Mungkin kau penat, atau mungkin kau terlupa atau mungkin kau hampa. Tak mengapalah kerana masa hadapan masih lagi belum tercipta. Aku hanya harap kau akan sentiasa berwaspada.
percayalah wahai teman, bahawa harga diri kau, kau sendiri yang tentukan.
No comments:
Post a Comment