Sunday, January 12, 2014

.

Sudah lama kehilangan. Biarkan mereka. Lupakan mereka. Sekarang biarkan aku mencipta diriku yang baru. Jangan cari kerana aku tidak lagi perduli.

Monday, June 3, 2013

mudah tidak ditakdirkan untuk aku
setiap langkah adalah aku
kaki aku bergerak akal ku berjalan hati berdegup
setiap gerak dan geri
setiap kecilakaan itu
semuanya berpunca dari aku 
bukan dia dan bukan mereka

kau bidas selagi kau mampu
kau hempas selagi kau mampu
mungkin kau terlupa
kau mati tidak pada waktu kau mampu




Friday, May 24, 2013

terjumpa akan sesuatu yang telah dilupa

kehidupan, itulah yang pertama dan itulah yang terakhir
mungkin sekali untuk segalanya atau mungkin sekali untuk semuanya
laluan itu bercabang sifatnya
cabang itu pilihan hendaknya

kini matahari dan bulan bergilir-gilir terbit diangkasa
di bumi manusia leka membuat binasa
hari ini aku luahkan segalanya pada yang Esa
memohan segalanya seakan tiadak akan datangnya hari esok

bila hati sudah penat
maafkan lah segalanya 

Thursday, May 2, 2013

Neraka Dunia

Kali ini aku terperangkap didalam sebuah neraka,
neraka dunia ciptaan saudaraku,
penghuninya tiada yang bahagia

Apakah dosa yang telah aku lakukan?
bicara benar tentang sesuatu?
adakah itu dosa?
besar manakah dosa itu?

Didalamnya aku bertahan untuk kekal bernyawa
aku berjuang untuk keluar 
berjuang dengan tangisan dan kehampaan

pada satu peringkat aku sedari 
bukan hanya aku didalamnya
entah bagaimana terbisik ditelinga
aku rasakan jalan yang terbaik untuk keluar adalah dengan dendam
semakin membara semakin cerah laluannya

mungkin ketika ini tiada tempat untuk aku bersandar
kerana dosa semalam aku malu untuk berdoa
hanya mengharapkan masa melayarkan segalanya
sehingga aku sedar bodohnya aku tanpa mengharap pada Nya

ketika ini aku amat perlukan doa agar aku tidak sesat didalam neraka dunia

Monday, February 4, 2013

harapan insan yang tidak mampu membenci



satu perpisahan yang aneh
tidak disangka akan menjadi satu titik permulaan pada satu kehidupan yang naif.
sebelumnya tidak pernah menduga dimana pertemuan dahulunya akan melakarkan satu contengan yang unik lagi menyakitkan tapi memberi sebuah nilai yang agung.
mungkin kehidupan ini boleh dibaratkan seperti sebuah seni lukisan barangkali.
keanehan dan keganjilannya menentukan harga contengannya.
kerna seni itu halus sehinggakan setiap dot mempunya cerita tertentu.
hanya pemilik jiwa yang tulus mampu untuk mentafsir.

mungkin di hadapan terbentang seribu satu jalan.
jalan yang memaksa setiap insan untuk membuat pilihan.
setiap pilihan ada harganya.
harganya adalah "melepaskan".
yang membezakannya ialah .
"apa yang dilepaskan"

mungkin juga satu masa nanti aku terjadi lagi satu pertemuan.
pertemuan dimana masa depan bertemu masa hadapan.
mendoakan waktu itu akan bermulanya lakaran baru di lain halaman.
halaman baru untuk kita bahagia kembali.

Saturday, January 12, 2013

berlajar berdoa sebelum pergi berperang

Mereka sebahagian dari kehidupan. Kehidupan yang aneh lagi mendebarkan, hampir segalanya berpunca dari mereka. Mereka yang memberi erti pada kehidupan ini, mustahil untuk aku membenci.
Mereka ibarat rencah dalam masakan, kepelbagaiannya mengenakkan.

Aku tak sanggup untuk melupakan walau jauh disudut ingin meninggalkan
tahun ini terasa seperti bebanan, seperti tiada lagi percubaan.
semuanya berkisarkan kejayaan atau kegagalan.
ianya sangat menyeramkan.

aku memerhati, aku mendengar, aku membaca, aku menterjemah, aku berfikir.
setiap hari segala perbuatan yang dilakukan mungkin sama, tap isinya sangat berbeza
aku mula mengadaptasi, mengadaptasikan segalanya kedalam kehidupan
sehingga satu peringkat aku perasan, aku sedang membesar aku mula membawa bebanan
aku berasa tertekan dan aku hampir kecundang dengan sedikit ujian.
percayalah itu sangat memalukan.

aku berdoakan akan satu hari nanti
kita semua mampu
mampu menjadi matang dalam kehidupan yang singkat



Wednesday, December 26, 2012

tiga warna pengakhirannya

aku hanya nak tahu reaksi kau sebelum ketika dan selepas
reaksi kau mampu memberi aku sedikit jawapan aku percaya
jadi aku percaya tidak akan ada yang seterusnya sehingga kau belajar erti memahami

sebelum ini kau yakinkan aku akan sesuatu
tapi aku lebih perasan dan memahami tentang sesuatu
sesuatu yang kau sendiri tidak perasan


maaf itu yang terakhir