Friday, March 30, 2012

once you break the rules, mean you are ready for war

sekarang jam menunjukkan waktu 5.30 pagi. tubuh ni sememangnya penat, terasa seakan ingin membaringkan badan di atas tilam yang empuk lagi melenakan. tapi hati ini tak mampu untuk membuat begitu kerana keesokan harinya seakan tidak dapat di ramalkan akan apa yang terjadi. aku tak mampu untuk menggadaikan hari esok hanya untuk keselesaan malam ini yang yang sementara. sememangnya aku pergang pada kata-kata perwira-perwira negara kononnya "untuk berjaya perlukan pengorbanan". dan semengnya setiap pengorbanan adalah satu penyiksaan tapi itulah harga yang perlu dibayar dan wang ringgit bukan "medium" nya. 

hari ini mungkin hari terakhir untuk segalanya bagi detik dan waktu sebergini. masa dan detik yang mendatang semestinya tidak akan sama dengan sekarang. jadi aku cuba menikmati senikmat nikmatnya detik yang menderita lagi memenatkan ini supaya satu hari nanti hati ini mampu merindu dengan senyuman. sekarang aku mula ketawa memikirkan masa hadapan dimana waktu itu aku mengingati detik ini.

setiap pengorbanan ada harganya. tapi jangan terlalu yakin bahawa setiap pengorbanan akan membawa habuan. tiada jaminan untuk itu. hiduplah sepuas puasnya supaya satu hari kita boleh bersama untuk menangis sepuas puasnya.

No comments:

Post a Comment