Wednesday, March 21, 2012

bukan itu yang aku cari


kehidupan aku kini ibarat bermusim, adakalanya seperti mendung di siang hari dan adakalanya seperti terik di malam hari. kini aku baru sahaja menghabiskan bacaaan aku yang tidak sampai kepada jam ke dua sebelum seluruh hidup ku kembali kepada alam bencana seperti neraka dunia. susah untuk aku memahami bacaan yang dalam jiwa ini tiada hak untuk memilikinya, apatah lagi kalau permikiran ini asyik memaksa untuk mengingati tanpa memikirkan soal hati. ketika itulah segala perasaan ibarat diberlendakan dan membentuk satu kekecewaan. aku cuma berharap aku mampu mendengar bunyi si cengkerik yang sedang bergembira menjalani satu kehidupan yang singkat lagi istimewa agar aku dapat bersama tumpang bahagia. tapi itu seakan sesuatu yang mustahil ibarat si lidah cuba menjilat si siku, dan dalam masa yang sama menampakkan diri aku seakan si anjing yang lidahnya terkeluar dan itu sangatlah hodoh.

untuk hidup bersama dengan manusia yang belum lagi pernah berlajar tentang ilmu memahami dan menghormati adalah satu cabaran yang sukar. kalaulah hatiku ini tidak pernah di ajar tentang kesabaran dari ibuku, mungkin sudah musnah hidup kau dilibasi dengan lidah yang tajam lagi menyusuk. kita bersama mengejar satu cita-cita, kita bersama berusaha melepasi segala yang mendatang, tapi hakikatnya perjalanan aku disabotaj oleh satu tindakan yang datang dari seorang manusia yang tidak berketamadunan.

aku berkata seakan hidup aku ini tidak pernah dibelai oleh kebaikan kau
tapi izinkan lah aku untuk melepaskan segalanya kerana hati ini tersangat sakit menanggung keperitan dunia disebakan kejahilan iman aku sendiri. mungkin hati ini mula hitam disebabkan lupa pada pencipta alam.

mereka bercakap, kita manusia berlajar dari segala pengalaman kehidupan, dan pengalaman itu lah yang membentuk diri ini. aku malu untuk mengaku, tapi hakikatnya pengalaman aku sering kali berkisarkan tentang kecelakaan dan dengan rendah dirinya aku mengaku aku banyak berlajar tentang kecelakaan hidup dan diri ini sudah pun terbentuk dari segala kecelakaan itu. jadi maafkan la aku kerana menjadi seorang insan yang mengecewakan. mungkin bukan itu aku aku pinta. siapalah aku untuk melawan ketentuannya.

"datang la kepada aku, dan peluklah tubuh aku dengan mengatakan aku salah dan silap tentang segalanya"

No comments:

Post a Comment