Thursday, September 1, 2011

sesuatu yang pecah itu mempunyai ajalnya

who care?

bukan berniat untuk menyembunyikan
cuma tak mahu membebankan
bukan tak percaya dekat kau
tapi hanya sekadar berwaspada
dahulu
sekarang
masa depan
zaman berubah mengikut masa
manusia berubah mengikut zaman
tiada apa yang kekal
transformasi sentiasa terjadi
tidak sanggup menggadaikan masa hadapan yang belum tertulis
semata-mata untuk detik yang akan di tinggalakan
apa ganjarannya?

aku bersedia untuk mendengar
ada niat untuk membantu
tapi jangan mengharapkan jawapan
cukup sekadar aku memberi pandangan
tidak mahuu mempengaruhi keputusan kau
kau mampu berfikir kerana kau lagi bijak dari aku
hidup kau dan hidup aku
keduanya berbeza
kau lebih mengenali diri sendiri
sedangkan aku masih mencari-cari
erti kehidupan ini.

seronok mendengar cerita dan rintihan hati kau
bukan sekadar seronok mendengar
cuma diri ini rasakan bersyukur
bukan bersyukur atas kesedihan dan masalah kau
cuma bersyukur bahawa diri ini masih lagi sedar
bukan aku seorang sahaja yang punyai masalah
dunia sentiasa adil kepada sesiapa yang bersyukur

air dicincang tak akan putus
tapi dengan kekuasaan dan keizinan dari pada Nya.
tiada apa yang mustahil
bukan meminta dan berdoa untuk itu
tetapi hati sudah tak yakin lagi
subhanallah.*




No comments:

Post a Comment