Sunday, August 28, 2011

kau memiliki impian aku

terima kasih ya Allah

ramai menanti kedatangan satu syawal
ramai juga menangisi pemergian bulan ramadhan
ramai meraikan kepulangan ahli keluarga tersayang
ramai meratapi pemergian orang tercinta
ramai berharap akan tercipta detik bahagia
ramai memohon kemaafan diberi

gembira melihat kau bahagia
gembira melihat kau bahagia bersama teman
gembira melihat kau bahagia bersama teman istimewa
gembira melihat kau bahagia bersama keluarga
gembira melihat kau bahagia bersama keluarga yang bahagia

hati tak pernah terdetik
minda tidak pernah terfikir
mulut tidak pernah meminta
tubuh tidak pernah meronta
tapi itu yang aku dapat
aku bersyukur dalam senyuman
malangnya senyuman itu tiada keikhlasan

aku tak ada niat untuk membandingkan
tiada faedah untuk membezakan
aku bersyukur kerana hati ini masih lagi
yakin bahawa dunia ini adil

mungkin kerana dosa semalam
aku beranggapan doa aku pada hari ini tidak diterima
*bersyukurlah syg*

No comments:

Post a Comment