Thursday, May 2, 2013

Neraka Dunia

Kali ini aku terperangkap didalam sebuah neraka,
neraka dunia ciptaan saudaraku,
penghuninya tiada yang bahagia

Apakah dosa yang telah aku lakukan?
bicara benar tentang sesuatu?
adakah itu dosa?
besar manakah dosa itu?

Didalamnya aku bertahan untuk kekal bernyawa
aku berjuang untuk keluar 
berjuang dengan tangisan dan kehampaan

pada satu peringkat aku sedari 
bukan hanya aku didalamnya
entah bagaimana terbisik ditelinga
aku rasakan jalan yang terbaik untuk keluar adalah dengan dendam
semakin membara semakin cerah laluannya

mungkin ketika ini tiada tempat untuk aku bersandar
kerana dosa semalam aku malu untuk berdoa
hanya mengharapkan masa melayarkan segalanya
sehingga aku sedar bodohnya aku tanpa mengharap pada Nya

ketika ini aku amat perlukan doa agar aku tidak sesat didalam neraka dunia

No comments:

Post a Comment