Tuesday, April 17, 2012

masalah aku adalah jiwa aku

sudah lama tidak memenatkan jari jemari dengan menaip entri. Kepada "stalker-stalker" sekalian harap sihat hendaknya di bawah lindungan yang maha mengatahui. 

subuh sudah melabuhkan tirai, matahari mula menampakkan diri, sinaran kuning terpancar berseri ibarat mengirinya sang bidadari yang hendak turun ke bumi. Syukur kepada yang maha pemurah kerana masih lagi memberi aku nikmat sekali lagi. Ketika manusia lain  mula berpusu-pusu mengejar masa untuk ke tempat kerja dan ketika itulah aku mula melangkah untuk pulang ke pangkuan keluarga, seakan berada didunia yang berbeza tetapi hakikatnya tempat yang sama. 

Aku sedang bahagia dengan dunia yang aku jalani sekarang, aku harap tiada yang memberi aku harapan kerana aku sedang berlajar untuk bersyukur.

No comments:

Post a Comment