![]() |
| bersabarlah dengan selaga ujianNya |
kalau itu yang sudah tertulis, usia bukan lagi persoalannya
ketika itu baru menyedari bahawa tangisan tiada kuasanya tiada gunanya tiada faedahnya
walau bagaimana peritnya ujian itu, hidup perlu di teruskan
teruskan dengan merdhai segalanya dengan berharap masa akan pantas berlaku
setitik air mata kau jatuh membasahi bumi, percayalah hati aku sebak melihatmu
memikirkan masa hadapan yang akan kau tempuhi
aku bagaikan rasa diri ini tiada berguna untuk keluarga
milihat dua orang anak kecil yang sibuk bermain bergelak ketawa
tiada perkataan yang mampu diungkapkan (Al-Fatihah)
semakin lama aku menjalani kehidupan ini
semakin itu aku menyedari, selama itu aku mengatahui
dunia tiada keadilannya
aku tak pernah meminta, mengapa pula kau hendak menariknya
aku mula mempersoalkan sedangkan aku tahu aku tak layak untuk itu
aku punyai harapan dan aku terpaksa mengorbankannya
semata-mata untuk beri peluang pada yang lain
percayalah, aku amat memerlukan peluang itu
bukan niat untuk mementingkan diri
cuma berilah aku perluang untuk mencari hidup ini
bagaimana hendak aku membantu yang lain
sedangkan aku masih lemas dlm mengharungi roda dunia
berilah aku perluang untuk terus mempelajari
dunia ini tidak indah diharungi tanpa ilmu penuh didada
kini aku mula takut akan masa hadapan
sedangkan dahulunya aku tidak sabar menanti ketibaannya
*aku masih tercari-cari apa hikmahnya

No comments:
Post a Comment