Friday, July 22, 2011

harap kau tahu


setiap orang ada undang-undang tersendiri
kalau kau tak tahu undang-undang orang yang mempunyai hubungan dengan kau
kau patut bersedia untuk merasai sakit

cabaran yang besar dalam perhubungan
kebanyakan manusia becinta dan berkasih sayang adalah atas tujuan untuk mendapat kan sesuatu bukan
dorang akan cari seseorang yang mampu bagi apa yang dorang nak

secara realitinya, kalau mahukan perhubungan yang berkekalan
jadikan perhubungan itu sebagai tempat atau platform untuk kita memberi dan sentiasa memberi
dalam perhubungan bukanlah tempat untuk kita meminta atau hanya menerima
jangan hanya mempersoalkan tentang apa yang pasangan kita beri
kalau terlalu banyak persoalan akan hilanglah segala keikhlasan

focus each day on making it better
rather than focusing what might happen if it ended
percaya atau tidak, apabila kita fokus terhadap sesuatu perkara
satu ketika kita merasai apa yang kita fokuskan sebelum ni.
kalau kita hanya pikir yang hubungan kita akan berakhir dalam keadaan tak baik
sedarlah bahawa kau sedang "sabotage" hubungan kau.

"if you want your relationship to last, never , never, never, ever, ever threaten the relationship itself".
dalam kata lain jangan sesekali mengugut pasangan.
jangan sesekali cakap " if you do that, then i'm leaving",
dengan hanya cakap macam tu, it creates the possibility.

kadang-kandang kita bercakap berdasarkan pengalaman.
manusia belajar daripada pengalaman.
tapi dalam masa yang sama pengalaman itu sendiri telah meninggalkan parut
dengan hanya memandang sepintas lalu terhadap parut tu
dah cukup untuk merasai kembali apa yang telah dilalui
perit bukan?

1 comment:

  1. walau ada sedikit kemanisan dalam hubungan. masih meninggalkan parut. tapi parut yang 'cantik' bukan.

    lalui dan ingat jela yang 'cantik'. zz

    ReplyDelete